MAKLUMAN

Isnin, 28 September 2009

LAPORAN PELAN TINDAKAN UNIT SELIAAN HEM

KEPADA SEMUA SETIAUSAHA/PENYELARAS UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)

Bimbingan & Kaunseling/Disiplin/SPBT/Pendaftaran Tingkatan/ Kantin/Asrama/Kesihatan/Keselamatan/kebajikan/Takaful/SMM/
Biasiswa/Badan Pengawas

Sila hantar Laporan Pelan Tindakan Tahunan (2009) dalam bentuk satu salinan Disket dan satu salinan Hardcopy kepada PK HEM selewat-lewat pada 1 September 2009

Sekian. Terima kasih.

Dari meja PK HEM 28/09/2009

Rabu, 16 September 2009

3 Majlis Sekolah 16/09/2009

1. Majlis ambang Aidil Fitri- program bersalaman dan bermaafan antara murid-murid dan guru-guru-11.00 Pagi

2. Majlis Penyampain Bantuan KWAPM - 1.00 Tgh

3. Majlis Berbuka Puasa - 6.3o petang.

Isnin, 14 September 2009

Majlis Penyampaian KWAPM Kali Ke-2


Makluman:
Majlis penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)kali Kedua akan diadakan di Dewan Besar Abdul Aziz SMK Chiku 2:

Diharapkan semua Ibubapa pelajar tingkatan 1 yang telah menerima Wang KWAPM kali pertama pada bulan Julai 2009 baru-baru ini, dikehendaki hadir ke sekolah sekali lagi

Pada : 16 September 2009 (Rabu),
Jam : 11.00 pagi.
Tujuan : menerima baki wang bantuan RM 300.00.

Sekian, terima kasih
Harap maklum

Dari meja PK HEM

Ahad, 13 September 2009

Majlis Pemberian Wang Saku Orang Asli


Isnin, 14 September 2009 - Majlis Pemberian Wang Saku Orang Asli diadakan di bilik mesyuarat. Ia dirasmikan oleh pegawai Hal Ehwal orang Asli.

Setiap pelajar mendapat RM68 sebagai duit raya - Citra

Sabtu, 12 September 2009

Majlis Penyampaian Zakat kepada Pelajar Miskin dan Anak Yatim SMK Chiku 2


Ahad 12 Sept. 2009, Satu Majlis Penyampaian Zakat kepada Pelajar Miskin dan Anak Yatim SMK Chiku 2 telah di sempurnakan oleh Ust. Rozak b. Kuchi Muhammad (Penyelia Pelajaran Kanan Pendidikan Islan dan Moral) PPD Gua Musang. Seramai 60 Pelajar telah menerima zakat tersebut.

Khamis, 10 September 2009

Markah Percubaan SPM 2009


KEPADA guru-guru tingkatan 5, markah-markah subjek Peperiksaan Percubaan SPM yang sudah siap boleh di masukkan kedalam sistem SAP di komputer pejabat atau melalui sistem rangkaian WLAN sekolah.

jaky said...

Post Mortem(kekuatan@kelemahan & strategi peningkatan) matapelajaran perlu disediakan oleh panitia-panitia masing.Borang akan disediakan!

Zaky Sufian Suri-S/U SPM

Rabu, 9 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA SMKC2

Terima Kasih Asrama SMK Chiku 2

Bagi pihak guru-guru dan staf SMK Chiku 2 mengucapkan sekalung terima kasih kepada pihak Asrama SMK Chiku 2, kerana mengadakan majlis berbuka puasa pada 09/09/2009.

Selasa, 8 September 2009

Pengisian markah UP3 Ting. 4 mulai 08-09-2009



Markah up3 ting 4 boleh isi mulai 8/09/09
Lokasi 1. Komputer Pejabat
Lokasi 2. Melalui sistem network
peraturan untuk lokasi 2
a).Open ms acess
b).buka fail menerusi mynetwork places
c).view cari komputer "peperiksaan"
d). buka folder UP3
e).cari untuk tingkatan 4&5
sumber: info dari Cik gu Zaky Zakaria.-Sembang SMK CHIKU 2
Terima Kasih
(penyelaras Peperiksaan)

Sabtu, 5 September 2009

Tarikh Peperiksaan Awam 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan bagi tahun 2009 iaitu untuk PMR dan SPM.
Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

PMR – Penilaian Menengah Rendah
Ujian Bertulis
7 – 9 Oktober 2009
12 – 13 Oktober 2009


SPM – Sijil Pelajaran Malaysia
Amali
20 – 22 Oktober 2009
26 – 27 Oktober 2009

Ujian Bertulis
19 November – 16 Disember 2009

Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330

RUANG PERMAINAN / GAMES

HUBUNGI BLOG MASTER


Nama
e-mail
Alamat Blog
Tajuk
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]